Berita UtamaIstimewaUtama

Isma sokong idea kerajaan baharu tanpa DAP, PAN

Idea luar kotak patut disokong parti-parti Melayu: Abdullah Zaik

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 17 Safar 1441H, Rabu – Gerakan Islam Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyokong idea – yang didakwa diketuai Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein – untuk mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Menyifatkannya sebagai idea yang baik dan pemikiran di luar kotak, Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, tiada salah sekiranya idea berkenaan turut mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen.

“Hakikatnya, negara kini sedang mengharungi suasana yang sangat tidak stabil, maka perlunya sebuah penyelesaian luar kotak.

“DAP tidak layak menduduki kerusi kerajaan kerana terbabit dengan berbagai isu termasuk isu keganasan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Manakala, PAN pula hanya penyambung suara kepada DAP,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, kewujudan mereka dalam kerajaan, bukan sahaja membimbangkan, bahkan turut tidak memberi sebarang keuntungan terhadap agama Islam dan orang Melayu.

“Justeru, saya menggesa parti-parti Melayu mempertimbangkan idea bernas tersebut,” katanya.

Semalam, PH menerusi kenyataan mendakwa Hishammuddin menggerakkan pakatan mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir; dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Dakwaan itu dibuat susulan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin menafikan dakwaan PH itu dan menganggap berlaku keretakan dalam parti berkenaan sehingga cuba menutupnya dengan menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close