Berita UtamaUtama

Wilayah Petaling alami gangguan air sementara

Pemulihan air ambil masa 12 jam selepas kerja pembaikan

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1441H, Selasa – Beberapa kawasan di Wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air sementara, berikutan kebocoran serius di jajaran paip 1800 mm di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, kerja-kerja pembaikan akan dilaksana pada jam 10 malam ini, dan dijangka siap pada 3 pagi, Rabu (16 Oktober).

“Pemulihan bekalan air akan mengambil masa dalam tempoh 12 jam selepas kerja-kerja pembaikan siap. Segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan meminimakan impak gangguan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air sementara ekoran kerja-kerja pembaikan itu adalah Bandar Baru Sri Petaling, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Kuchai Entrepreneurs Park, Taman Gembira, OUG, Taman Kuchai Lama, Desa Petaling, Pekan Sungai Besi, Taman Lee Yan Lian, Jalan Kuchai Lama, Seksyen 14 dan Seksyen 22, Taman Perindustrian OUG dan Jalan Sungai Besi.

Turut terjejas adalah kawasan di Seksyen 51A, Taman Salak Jaya, Kampung Baru Salak Selatan, SS 9, Taman Salak Selatan. Kampung Malaysia, Taman Bukit Indah, Taman Sungai Besi, Kem Perdana Tentera Sungai Besi, Taman Desa dan Taman Tan Yew Lai. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close