Berita UtamaUtama

RM masih dibuka 4.18

Harga minyak mentah rendah, tak beri sokongan pada mata wang kita

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1441H, Selasa – Ringgit terbuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dengan para pelabur kekal tidak memasuki pasaran dengan isu Brexit menjadi kebimbangan utama mereka, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 ketika ditutup pada Isnin.

“Britain dijadualkan keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober, dan sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) bermula Khamis ini akan menjadi peluang terakhir bagi kedua-dua pihak (Britain dan EU) untuk mencapai persetujuan dengan sebarang perjanjian sebelum tarikh akhir itu,’ kata peniaga itu. .

Beliau berkata, harga minyak mentah yang lebih rendah, yang kini turun 0.34 peratus kepada AS$59.15 setong, tidak memberi sokongan kepada mata wang tempatan.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.8623/8671 daripada 3.8702/8746 dan naik berbanding Euro kepada 4.6146/6203 daripada 4.6197/6258.

Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan turun kepada 3.0579/0620 daripada 3.0557/0597 dan susut kepada 5.2756/2828 daripada 5.2259/2618 berbanding pound Britain. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close