Berita UtamaUtama

LTTE: DAP sila hormat polis

Dahulukan keselamatan rakyat, bukan ideologi keganasan

BANGI, 16 Safar 1441H, Selasa – Pemimpin parti dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP sepatutnya menghormati pihak keselamatan, bahkan segera membersihkan partinya daripada elemen militan dengan memecat ahli yang jelas terbabit menyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, seluruh dunia tahu mengenai bahaya LTTE, kerana ia adalah pertubuhan militan bertujuan untuk mendirikan negara Tamil yang berasingan di Sri Lanka dan pertubuhan ini telah diharamkan lebih 30 buah negara antarabangsa.

“Berkali-kali Tan Sri Muhyiddin Yassin, dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan agar menyerahkan urusan penangkapan ini kepada pihak PDRM.

“Namun, ramai pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Ramasamy, Charles Santiago dan lain-lain menyatakan bahawa mereka yang ditahan tidak bersalah biar pun pihak polis telah keluarkan kenyataan berkali-kali.

“Bahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah mengeluarkan kenyataan agar menyerahkan urusan ini kepada pihak polis,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Pada masa sama, Zainur turut menggesa parti tamak haloba itu membuktikan semangat nasionalisme dan patriotisme dengan mendahulukan keselamatan rakyat dan negara daripada ideologi keganasan dan agenda asing.

Terdahulu, polis menahan lima lagi individu termasuk seorang guru kerana disyaki terbabit dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan LTTE, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan LTTE sejak Khamis lepas kepada 12 orang.

Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

LTTE yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close