Berita UtamaIstimewaUtama

Haram pertikai hukum Allah

Tajuk Pertandingan Debat Piala Tun Razak unsur pemikiran liberal

BANGI, 16 Safar 1441H, Selasa – Haram membincangkan sesuatu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, tegas Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS), Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang memilih tajuk kontroversi iaitu Islam tidak menghalang homoseksual dan penulisan semula al-Quran dalam pertandingan itu.

Ustaz Haji Zamri berkata, memperdebatkan perkara-perkara yang telah ijma ulama mengenainya adalah unsur utama pemikiran liberalisme.

“Tajuk yang didebatkan secara terang-terangan cuba membibitkan fahaman berkenaan iaitu cadangan Al-Quran ditulis semula dan mempersoalkan pengharaman homoseksual.

“Ia tidak menjaga sensitiviti agama Islam, tidak memupukkan kepada pengukuhan Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang bahkan tidak menghormati Perlembagaan Negara di mana Islam adalah Agama Persekutuan.

“Malah lebih menyedihkan lagi apabila ia (penganjur debat) diurus setiakan oleh orang Islam sendiri. Maka amat wajar KPM mengambil tindakan yang sewajarnya dan begitu juga pihak berkuasa agama.

“Tahniah kepada peserta yang masih sayang kepada agama untuk menarik diri daripada memperdebatkan sesuatu yang sudah ijma di kalangan ulama. Begitu juga kepada ibu bapa dan guru guru yang masih sensitif kepada penjagaan agama Islam,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Difahamkan, SMAPK telah dipilih sebagai pihak yang menyokong bahawa Islam tidak menghalang homoseksual.

Sebelum ini, tular tangkap layar grup WhatsApp bernama IbuBapa F5 SMAPK 2017 memaparkan perbualan berkaitan isu tajuk debat berkenaan.

“Semalam telah berlangsung Debat Piala Tun Razak. Debat ini menggunakan tajuk homoseksual (topik dua dan tiga). Tajuk debat ini mengatakan bahawa Islam tidak menghalang homoseksual.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam debat bagi pelajar sekolah. Dalam situasi ini seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang telah dipaksa menyokong tajuk tersebut. Seorang pelajar beragama Islam terpaksa mendukung tajuk menulis semula al-Quran. Apa logik di sini?” soalnya.

Menerusi tangkap layar itu juga, ia turut mendakwa perkara itu sebagai satu bentuk penindasan dalam kebebasan beragama.

Terdahulu, juri bagi pertandingan melalui satu kenyataan memohon maaf kepada pihak terbabit terhadap apa yang berlaku.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close