Berita UtamaUtama

Diskaun 70 peratus fi gantian hilang MyKad pada esok

Pemohon boleh ganti MyKad tempoh sehari di UTC,JPN Melaka

MELAKA, 16 Safar 1441H, Selasa – Bersempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2019 pada esok, orang ramai berpeluang mendapatkan diskaun 70 peratus fi gantian hilang MyKad, di semua pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Melaka.

Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata, tawaran yang turut dibuka di seluruh negara esok itu, memberikan diskaun kepada mereka yang kehilangan kad pengenalan diri dan membuat permohonan gantian hilang MyKad di mana-mana pejabat.

“Pemberian diskaun ini hanya diberikan kepada pemohon yang hadir pada esok sahaja dan akan diberi pengurangan sebanyak 70 peratus, bagi semua permohonan kehilangan MyKad.

“Waktu pemohonan boleh dilakukan pada waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang di enam pejabat cawangan seluruh daerah negeri ini, serta di ibu pejabat JPN di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh,” katanya ketika dihubungi,di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi gantian MyKad cawangan di UTC Bandaraya Melaka dan ibu pejabat JPN, para pemohon boleh mendapatkannya dalam tempoh satu hari, berbanding di pejabat cawangan yang akan mengambil masa antara tiga hingga lima hari.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi unit komunikasi korporat JPN negeri di talian 06-2326881 atau emel ke pppmelaka@jpn.gov.my. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close