Berita UtamaUtama

Tindakan ‘bodoh’ PH turun harga rumah untuk warga asing

Rancangan kerajaan hanya akibatkan hartanah mampu milik berkurang

BANGI, 15 Safar 1441H, Isnin – Tindakan kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) membenarkan warga asing membeli hartanah bermula harga RM600,000 berbanding RM1 juta, disifatkan sebagai bodoh.

Menyelar tindakan itu, Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Arifin Manan berkata, perkara itu secara tidak langsung akan menggalakkan pemaju untuk menaikkan harga hartanah sedia ada kepada RM600,000 untuk mendapat keuntungan lebih besar.

Beliau berkata, pemaju yang merancang untuk membina hartanah pada harga RM600,000 ke atas bagi tujuan sama akan mengakibatkan hartanah mampu milik semakin berkurang.

“Dengan tangga gaji yang tidak banyak kenaikan belasan tahun, hampir mustahil bagi anak muda untuk memiliki rumah sendiri pada masa mendatang jika rancangan ini diteruskan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual.

“Lambakan itu dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Arifin menegaskan, rakyat tidak bersalah jika berspekulasi bahawa pemaju hartanah sebelum ini telah membiayai kempen pilihan raya PH.

“Jadi, inilah masanya untuk PH membalas budi mereka walaupun dengan menyusahkan rakyat.

“Justeru, Pemuda Isma mewakili rakyat mendesak kerajaan PH untuk U-Turn bagi keputusan ini. Ia bukan perkara sukar bagi PH yang sentiasa U-Turn, apatah lagi ianya baik untuk rakyat,” katanya sinis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close