Berita UtamaPendapatUtama

SOSMA: Pekung, wajah sebenar DAP makin terbongkar

Pernah ke pemimpin ultra kiasu kecam pengganas LTTE, rejim Israel?

SEBAGAI sebuah parti politik yang sudah puluhan tahun bergulat dalam medan politik negara, parti rasis cauvinis DAP sudah sepatutnya masak dengan amalan demokrasi. Nama parti itu sendiri bermula dengan perkataan demokratik.

Bagaimanapun, dalam kes di mana sebahagian para pemimpinnya telah ditahan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), parti rasis cauvinis yang ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 ini telah membuktikan bahawa ia adalah parti politik yang tidak menghormati undang-undang dan proses keadilan Malaysia.

Reaksi sebahagian pemimpin tertinggi parti rasis cauvinis ini terhadap penahanan beberapa orang pemimpin parti mereka sangat mengejutkan. Membaca kenyataan mereka tentang penahanan ini seolah-olah parti dan pemimpin mereka adalah di atas batasan undang-undang dan pihak polis perlu mendapat tunjuk ajar parti rasis cauvinis itu tentang bagaimana hendak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Mereka ingat parti rasis cauvinis dan pemimpin mereka ini kebal undang-undang ke?

Sungguh angkuh dan bongkak perangai dan sikap sebegini.

Para pemimpin parti rasis cauvinis itu lupa barangkali bahawa negara ini ada undang-undang dan rakyatnya berhak hidup dalam keadaan aman damai tanpa dibayangi ancaman dari mana-mana gerakan pengganas baik dari dalam mahupun luar negara. Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menjaga keamanan dan sudah semestinya perlu bersikap tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman kepada keselamatan negara.

Sepatutnya parti rasis dan cauvinis DAP ini menyokong, menghargai dan berkerjasama dengan pasukan keselamatan dan bukannya berlagak hipokrit, kerasukan dan ala samseng!

Rakyat dan masyarakat dapat menyaksikan kenyataan demi kenyataan dari para pemimpin DAP yang bertali arus membela rakan-rakan mereka. Akan tetapi, keghairahan mereka dalam mempertahankan “comrades” mereka sangat tidak masuk akal. Mereka ingin pihak polis mengikuti “arahan” dan telunjuk mereka. Mereka sudah menjatuhkan keputusan tidak bersalah ke atas kawan-kawan mereka dalam kes yang sangat berat dan besar implikasinya kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. Mereka cuba mempamerkan satu gambaran bahawa para pemimpin DAP mustahil melakukan jenayah.

Lihatlah bagaimana mereka mempertahankan Paul Yong Choo Kiong seorang Exco Kerajaan Perak, yang juga Adun DAP Tronoh yang ditahan, atas tuduhan merogol pembantu rumahnya pada bulan Julai tahun ini.

Sejak bila parti rasis cauvinis DAP ini menjadi mahkamah dan para pemimpinnya pula dengan tiba-tiba menjadi peguambela sekaligus hakim?

Kalau kamu sebelum ini berbangga sebagai sebuah parti yang menjulang kedaulatan undang-undang dan berjuang untuk sebuah negara Malaysian Malaysia yang aman damai, harmoni dan selamat, jangan ganggu pihak polis!

Kita jangan lupa kes Siti Noor Aisyah yang ditahan di bawah peruntukan kanun Keseksaan dan SOSMA pada bulan Mac 2016 dan banyak lagi kes-kes yang membabitkan ancaman militan Daesh, Isis, Al Qaeda dan terkini pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba melebarkan pengaruh mereka di negara kita.

DAP yang rasis cauvinis itu nampaknya sedang cuba membina satu persepsi bahawa pihak polis bertindak dengan zalim, terpilih dan sewenang-wenangnya terhadap parti dan para pemimpin DAP dan kononnya parti itu dan para pemimpinnya adalah mangsa permainan politik pihak-pihak tertentu secara tersiratnya.

Dalam soal keselamatan dan pertahanan negara pun masih nak celupar lagi.

Gelagat sumbang DAP ini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat Malaysia, bangsa Melayu dan umat Islam tentang apakah sebenarnya ideologi yang diamalkan oleh parti rasis cauvinis itu selama ini.

Bagi spesis kiasu ini, istilah keganasan atau pengganas hanya boleh diaplikasikan atau terpakai ke atas kumpulan selain LTTE sahaja. Pernahkah kita membaca kenyatan para pemimpin DAP mengecam pengganas LTTE atau Israel?

Kenapakah Dr Zakir Naik pula yang dipersalahkan dan diambil tindakan?

Kenapakah pihak PDRM perlu tunduk kepada kehendak DAP?

Kenapa kita perlu percaya dengan propaganda dan khurafat politik DAP?

Secara khusus di sini, kita perlu memberi nasihat, teguran, amaran dan peringatan kepada pihak yang bersahabat, menyanjung, memuja dan bekerjasama apatah lagi mempertahankan tindak-tanduk parti rasis cauvinis ini, bukan sahaja dalam isu SOSMA tapi juga dalam banyak isu lain:

Jangan tertipu dan terpedaya dengan ideologi DAP.

Jangan tergoda dengan kalimat beracun kononnya mereka mencintai keamanan, menyayangi orang-orang Melayu dan inginkan Malaysia Baharu atau Negara Rahmah.

Jangan mencari dalil untuk membenarkan atau menjustifikasikan parti rasis cauvinis itu.

Jangan terlalu asyik mencari keredhaan dan mengambil hati parti itu.

Jangan jatuh hati apabila mereka mendendangkan lirik Aku Cinta Islam.

Jangan lupa, parti rasis ini tidak pernah ikhlas terhadap umat Islam dan bangsa Melayu.

Parti rasis ini perlu diberi peringatan dan amaran supaya tidak melampaui batas atau melanggar sempadan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang agama, kaum, bahasa dan adat resam ini. Mereka perlu diberi pengajaran bahawa masyarakat dan rakyat Malaysia tidak akan menerima sesekali sikap dan pendirian politik yang mempertahankan keganasan dalam apa pun bentuknya atau dari mana sekali datangnya.

Sekiranya parti rasis cauvinis itu masih berterusan dengan kedegilan dan keangkuhan mereka serta cuba menimbulkan huru hara dan mencabar pihak keselamatan, mereka perlu diharamkan terus.

Jangan main-main dengan keselamatan dan pertahanan negara!

#MasaDepanTanpaDAP

Pengerusi i-Peguam
Mohd Luttfi Abdul Khalid

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Kenyataan ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close