Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Rejim Israel tutup 2 pintu sempadan Semenanjung Gaza

Beit Hanoun hanya dibuka untuk kecemasan, pihak berkepentingan

GAZA, 15 Safar 1441H, Ahad – Pihak berkuasa Israel bertindak menutup pintu sempadan Semenanjung Gaza di Kerem Shalom dan Persimpangan Erez (Beit Hanoun) sempena hari cuti umum Yahudi, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Difahamkan, Beit Hanoun telah ditutup untuk laluan rakyat Palestin, semalam, namun ia hanya akan dibuka untuk kecemasan dan pihak berkepentingan (VIP) sehingga jam 2 pagi.

Selain itu, penutupan sepenuhnya terhadap dua laluan itu dikenakan sejak awal pagi semalam sehingga 21 Oktober ini.

Bagi laluan Kerem Shalom, persimpangan itu dibuka pada jam 7.30 pagi dan ditutup pada jam 10.30 pagi semalam.

Hari ini, ia telah dibuka pada jam 7.30 pagi dan akan ditutup pada jam 5 petang nanti.

Kerem Shalom adalah laluan utama pelbagai jenis barang memasuki Semenanjung Gaza dan persimpangan pejalan kaki Erez. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close