Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Rejim Israel rancang bina 251 rumah haram Yahudi

Kampung Nahalin dirampas bagi memperluaskan jajahan Zionis

TEBING BARAT, 15 Safar 1441H, Isnin – Rejim pengganas Israel berterusan bertindak biadab dan melanggar undang-undang antarabangsa apabila merancang membina 251 lagi rumah haram Yahudi di Tebing Barat, yang diduduki.

Ketua Jawatankuasa Anti-Pendudukan di Bethlehem, Hassan Bureija dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah berkenaan,Jawatankuasa Pentadbiran Awam Israel telah meluluskan pembinaan 146 unit rumah Yahudi di Gush Etzion, di selatan Bethlehem, sementara 105 unit lagi akan dibina di Kfar Eldad, selatan Baitulmaqdis al-Quds.

Bureijia berkata, rejim pengganas Zionis juga telah merampas kawasan perkampungan Nahalin bagi memperluas jajahan di Alon Shvut.

Kira-kira 600,000 warga Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Palestin mahukan Tebing Barat bebas dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Pada masa sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk penyelesaian Israel di wilayah yang diduduki dalam beberapa resolusi. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close