Berita UtamaUtama

LTTE: DAP cuba tunjuk ‘kebal’ dari tindakan undang-undang

Sokong ideologi ekstrem jadikan Malaysia 'naungan' aktiviti pengganas

BANGI, 15 Safar 1441H, Isnin – UMNO menuntut penjelasan parti rasis dan cauvinis, DAP berhubung dengan penangkapan beberapa ahlinya yang disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara pertama yang perlu dijelaskan DAP adalah dengan memberi sebab mengapa pemimpin tertinggi seperti Charles Santiago, P. Ramasamy dan M. Kula Segaran menafikan serta mempersoalkan penahanan beberapa ahli politik parti berkenaan.

Khaled berkata, Santiago turut menyoal pendirian Malaysia terhadap LTTE, malah mendakwa perjuangan kumpulan pengganas itu adalah sama seperti perjuangan di Palestin, yang menuntut kebebasan.

“Malah, Lim Guan Eng juga secara tidak malu, memberikan kenyataan bahawa pihak polis akan memberhentikan penangkapan ahli politik DAP, walhal pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) menafikan dengan sekerasnya kenyataan itu.

“Hal ini menimbulkan pertanyaan, adakah DAP mempunyai sebarang pengetahuan terhadap kelakuan ekstrem ahli-ahli mereka dalam LTTE?

“Dan jika ia mempunyai pengetahuan tentang penglibatan beberapa ahlinya menghidupkan semula LTTE, apakah yang telah DAP lakukan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa?” soalnya.

Hairan dengan tindakan para pemimpin itu, Khaled menyifatkan DAP sebagai tidak berwibawa apabila parti itu bersikap prejudis, berat sebelah serta campur tangan urusan PDRM dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Adakah laungan ‘Rule of Law’ hanya terpakai kepada pihak lain dan DAP serta pemimpinnya kebal dari tindakan undang-undang? Amat pelik juga apabila Lim Kit Siang tanpa segan menyarankan pihak polis untuk menjadi lebih telus dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Minggu lalu, Exco Kerajaan Negeri Melaka, G Saminathan yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan Adun kawasan Gadek ditahan di pejabatnya di Seri Negeri.

Turut ditahan, Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

Kelmarin, ahli DAP yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), juga telah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mengulas lanjut, Khaled berkata, terdapat segelintir pemimpin DAP yang berpendapat bahawa LTTE tidak aktif, maka sebarang kaitan terhadapnya tidak menimbulkan sebarang kemudaratan.

Membidas kenyataan itu, beliau berkata, pemikiran berkenaan mengundang bahaya kerana melalui ideologi ekstrem, LTTE telah dikategorikan sebagai organisasi pengganas dan boleh dihidupkan kembali.

Justeru, Khaled menggesa DAP yang menjadi sebahagian daripada kerajaan supaya menghormati pasukan risikan dan keselamatan negara.

Katanya, mempersoalkan ketelusan pihak berkuasa sama seperti mempersoalkan integriti dan kewibawaan kerajaan.

“DAP mesti memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mereka tanpa sebarang kompromi. Jika DAP terus mempolitikkan perkara ini, DAP pasti mempunyai sesuatu yang disembunyikan.

“Saya juga menyeru PDRM untuk menyiasat jika wujud hubungan antara DAP dalam apa bentuk sekalipun dengan LTTE. Kita tidak mahu mana-mana pihak, secara tersembunyi, menyokong ideologi yang ekstrem dan menjadikan Malaysia ‘negara’ yang memberikan naungan kepada kegiatan mereka,” tegasnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close