Berita UtamaUtama

Kempen BMF diperluas ke Melaka

Isma, UMMAH lancar kempen beli produk muslim pada 27 Oktober

BANGI, 15 Safar 1441H, Isnin – Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) akan terus diperluaskan di seluruh negara, bagi membantu usahawan Melayu dan muslim meningkatkan ekonomi mereka.

Terkini, Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka bersama gabungan lebih 40 NGO dalam Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen BMF di peringkat negeri berkenaan, pada 27 Oktober ini.

Yang Dipertua Isma Melaka, Haji Mohd Khoushaini Haji Mohd Naim berkata, kempen melalui inisiatif UMMAH Malaysia dengan kerjasama KOHILAL dan ABATA bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam serta memberi alternatif lain kepada masyarakat muslim.

“Setakat ini lebih 50 usahawan telah mendaftar dan jumlahnya sedang meningkat dengan mendadak, kita mensasarkan penyertaan lebih 150 usahawan dan 1000 pengunjung kali ini. Sebanyak 50 booth juga telah disediakan untuk pameran barangan.

“Kita juga sangat mengalukan kehadiran dan sokongan daripada pimpinan NGO dan NGI, persatuan penduduk, ulamak, selebriti, wakil rakyat DUN dan Parlimen, parti-parti politik Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah BMF negeri Melaka menggesa golongan usahawan, pengeluar, pemborong, penjual dan peniaga sekitar Melaka untuk hadir memeriahkan majlis, di samping melonjakkan jaringan jualan melalui penerangan pihak KOHILAL dan ABATA.

“Maklumat lanjut boleh hubungi En Najib, Setiausaha UMMAH Melaka di talian 016-2000217 atau En Riduan, Pengerusi USMAN (Usahawan Muslim Nasional) Melaka di talian 013-9866987.

“Rakyat Melaka dijemput hadir menyatakan sokongan di samping meluaskan lagi jaringan, pengetahuan dan pembelian barangan muslim. Ayuh bangkit dengan BMF, jangan kita bergantung lagi kepada orang lain lagi. Umat Islam punya kekuatan sendiri untuk membangunkan ekonomi UMMAH!,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close