Berita UtamaDuniaUtama

Gaza buka ‘Return Park’

Kawasan sempadan dipulihkan jadi 'taman hiburan' untuk Gaza

BANDAR GAZA, 15 Safar 1441H, Isnin – Jawatankuasa ‘The Great March of Return’ membuka sebuah taman hiburan di timur Bandar Gaza sebagai usaha untuk menggalakkan penduduk menggunakan kawasan berhampiran pagar sempadan memisahkan wilayah Gaza-Israel.

Diberi nama ‘Return Park’, taman itu ditubuhkan berhampiran pagar antara Gaza dan Israel yang dianggap kawasan ‘tidak hidup’ akibat keganasan rejim pengganas Israel.

Penyelaras media jawatankuasa ‘The Great March of Return’ berkata, pendudukan Israel telah membunuh kehidupan di zon penampan, justeru jawatankuasa mengambil langkah memulihkan kawasan taman itu bagi menggalakkan orang ramai melawatnya tanpa perlu bimbang daripada dibunuh.

“Jarak taman ini 700 meter daripada pagar sempadan. Sebelum ini, tempat ini digunakan untuk mengumpul sisa buangan, bagaimanapun sekarang ia akan menjadi tempat kegembiraan.

“Kami bersedia untuk memulihkan semua kawasan sempadan dari Rafah ke Beit Hanoun untuk mendapat manfaat daripada ruang yang besar ini,” kata beliau.

Return Park adalah yang projek pertama dalam beberapa siri projek di lima kawasan di sepanjang pagar Gaza-Israel.

Kawasan taman itu juga merangkumi taman permainan kanak-kanak. Selain itu, padang bola sepak dan gelanggang bola tampar juga ditubuhkan sebagai usaha meningkatkan projek damai sekali gus membuktikan propaganda Israel bahawa rakyat Palestin di kawasan itu adalah ‘perusuh’.

Ketua Suruhanjaya Tertinggi The Great March of Return, Khaled al-Batash menjelaskan, pelaksanaan ini membuktikan bahawa perarakan damai akan terus berlanjutan sehingga mencapai matlamat mereka.

Protes The Great March of Return bertujuan menyampaikan mesej mengenai hak pelarian Palestin untuk kembali menduduki tanah mereka, yang diceroboh dan dirampas rejim Zionis.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close