Berita UtamaUtama

LZS sedia kerjasama siasatan kes seleweng dana dengan RTM

2 pegawai kanan RTM direman 9 hari bantu siasatan salah guna dana

SHAH ALAM, 15 Safar 1441H, Isnin – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan penyelewengan dana membabitkan pihaknya dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop berkata, LZS sentiasa berkongsi maklumat berkaitan aktiviti pengurusan zakat di Selangor melalui pelbagai medium termasuk media massa.

“Ini termasuk menerbitkan program televisyen bagi tujuan meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan masyarakat.

“Pelaksanaan penerbitan program televisyen berkenaan diuruskan oleh perunding pengiklanan profesional yang dilantik oleh LZS mengikut prosedur yang ditetapkan, skop dan harga kontrak yang dipersetujui menggunakan dana pengurusan amil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan dua pegawai kanan RTM direman sembilan hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung apa yang disyaki salah guna dana LZS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, kedua-dua pegawai wanita berusia 37 tahun dan 40 tahun itu antara tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 7 Oktober lepas.

Seorang lagi dibebaskan selepas keterangannya diambil. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close