Berita UtamaUtama

UMMAH minta kerajaan negeri Pahang sokong kempen BMF

Mufti, wakil rakyat dan usahawan tempatan beri sokongan padu

BANGI, 14 Safar 1441H, Ahad – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meminta kerajaan negeri Pahang menyokong Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslims’ First (BMF) secara rasmi, bagi membantu usahawan Melayu Islam meningkatkan ekonomi mereka.

Sebelum ini, UMMAH melancarkan kempen BMF di negeri itu dan telah dirasmikan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Turut memberi sokongan, enam wakil rakyat antaranya Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Nazlan Idris, ADUN Damak, Haji Zuridan Mohd Daud, ADUN Tahan Mohd Zakhwan Badaruddin, ADUN Pulau Tawar, Haji Nazri Ngah, ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Abd Jabbar dan ADUN Beserah, Andansura Rabu.

Dilaporkan, hampir 200 orang peserta termasuk peniaga-peniaga Melayu Islam dari seluruh daerah di Negeri Pahang hadir ke pelancaran kempen berkenaan.

 

Sehubungan itu, Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya, berharap kempen ini mendapat perhatian dan sokongan secara rasmi dari kerajaan negeri.

“InsyaAllah, negeri lain akan menyusul dan akhirnya menjadi kempen dan agenda nasional suatu hari nanti. Amin,” katanya.

UMMAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah penggerak utama dalam Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close