Berita UtamaUtama

Tg Piai: Kawasan majoriti Melayu, mestilah Melayu kena tanding

BN tak faham senario pengundi jika tetap letak calon MCA: Penganalisis

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 14 Safar 1441H, Ahad – Barisan Nasional (BN) perlu berkeras tidak meletakkan calon parti perkauman MCA, sebaliknya mengetengahkan calon Melayu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November depan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid menegaskan, sekiranya UMNO memberi kerusi kepada MCA, bermakna parti majoriti Melayu itu tidak memahami perubahan senario pengundi di Malaysia yang mana kawasan majoriti Melayu perlu ditandingi oleh calon bangsa itu.

“Risiko yang akan berlaku sekiranya BN memberi peluang kepada calon MCA, orang Melayu tidak akan menyokong dan sudah pasti memberi sokongan kepada mana-mana parti politik calon Melayu,” kata beliau ketika dihubungi Ismaweb.

Mengulas lanjut Dr Mohd Noor berkata, MCA boleh sahaja bertanding dalam PRK 16 November depan tetapi bukan atas tiket BN, di situ kita boleh lihat berapa sahaja sokongan pengundi kepada MCA.

“Melalui tindakan itu, kita akan nampak lebih jelas sokongan Melayu kepada siapa,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Terdahulu, BN memaklumkan akan mengumumkan calon PRK Tanjung Piai seminggu sebelum penamaan calon atau hujung bulan ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi (MDT) BN pada 26 atau 27 Oktober ini di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close