Berita UtamaPendapatUtama

Lagenda peristiwa Mavi Marmara sudah tersungkur

Deklarasi Yahudi kuasai perundangan, peraturan dunia tak adil

DULU ketika peristiwa Mavi Marmara diserang Yahudi begitu kental pesertanya mengharapkan pertolongan dari Tuhan Rabbul Jalil. Setiap saat waktu itu tidak lupa menitipkan zikrullah dan doa agar dikuatkan keteguhan iman, serta harapan untuk menghantar bantuan ke Palestine berjaya. Tapi kini sudah berubah, tiba-tiba isu yang sama mahu diletakkan dibawah hak asasi manusia.

Keyakinan misi perjuangan berubah dari perjuangan menegakkan keadilan Islam kepada Hak Asasi Manusia yang ditaja Barat dan Yahudi. Sudah 70 tahun deklarasi hak asasi manusia diisytiharkan di Paris tahun 1948, apa hak asasi yang dapat dirasai oleh manusia?

Deklarasi ciptaan Yahudi untuk menguasai perundangan dan peraturan dunia bukannya untuk memberi keadilan. Apakah sudah tidak meyakini perjuangan Islam yang dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT? Mungkin ianya tidak berniat begitu. Tetapi, kerana terlalu ghairah untuk memenangi hati orang kafir dan terlalu dambakan salam keharmonian sehingga sanggup dilapikkan bahasa serendah itu, supaya ungkapan itu disenangi oleh mereka yang memusuhi Islam.

Adakah dengan kelunakan itu, orang kafir akan mula meminati Islam? Atau kita yang menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang pernah dilaungkan sebelum ini sebagaimana sekental lagenda Mavi Marmara?

Deklarasi hak asasi manusia adalah ideologi ciptaan Barat dan Yahudi untuk menutup sistem kehidupan manusia anjuran wahyu Allah SWT, seolah-olah dunia ini terlalu gelap sebelum ini tanpa sebarang peraturan, sehinggalah mereka yang mencipta satu peraturan hak asasi manusia sebagai peraturan untuk mengendalikan hak-hak asasi manusia, tetapi semuanya tipu muslihat untuk menolak syariat Allah SWT.

Mereka mengambil kebaikan peraturan Islam dan mendakwa ianya ideologi hasil usaha keras pemikiran mereka untuk memberi keamanan kepada manusia. Sebenarnya mereka tidak mampu pun untuk mencipta peraturan yang adil sebagaimana peraturan Islam.

Kenapa kita sanggup menipu fakta ini hanya kerana ingin memenangi hati orang kafir dan melunakan bahasa serendah itu beralasan dakwah bilhikmah.

Adakah cara ini pernah diajar sebelum ini dalam siri siri perjalanan yang telah dilalui.

Atau ianya terperangkap dalam peroses liberalisasi yang halus dan terancam oleh mereka yang ingin menutup cahaya Allah SWT. Allah SWT akan menyempurnakan cahayaNya walau pun dibenci oleh manusia.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ydp Isma Pasir Puteh
Ketua Perhubungan Isma Kelantan

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close