Berita UtamaUtama

Kilang papan putih di Jaya Gading musnah terbakar

Punca, jumlah kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan

KUANTAN, 14 Safar 1441H, Ahad – Sebuah kilang membuat papan putih di kawasan perindustrian Jaya Gading, di sini, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abd Ghani, berkata, kebakaran menyebabkan kilang itu musnah sebanyak 80 peratus dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu.

“Kilang itu difahamkan tidak beroperasi pada hari ini, namun terdapat lima pekerja yang menetap di situ. Mereka bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ismail berkata, dua buah jentera dan sebuah jentera air tangki dengan 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Indera Mahkota dan Gebeng dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, tindakan pantas bomba juga berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke sebuah kilang kosong bersebelahan lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 45 minit kemudian dan setakat ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close