Berita UtamaPendapatUtama

Kemarahan bawa maut

Rasulullah ajar duduk, ambil wuduk ketika marah

1. SEORANG kanak-kanak perempuan menemui ajal selepas ditampar pada bahagian belakang kepala oleh ibunya dalam kejadian di China. Ibu mangsa berang gara-gara anak tersebut menonton kartun sambil melakukan kerja sekolah.

2. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ mendidik kita agar menjauhi sikap marah berlebihan. Mengawal kemarahan adalah salah satu sunnah yang di ajar oleh Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ pernah berpesan berkali-kali kepada para sahabat agar mengawal kemarahan.

2. Ketika menghuraikan hadis ini, Al Imam Ibn Hajar menukilkan:

فإذا الغضب يجمع الشر كله

“Sesungguhnya kemarahan itu boleh menghimpunkan segala kejahatan.”

3. Malah Rasulullah ﷺ pernah memberikan tips mengawal kemarahan seperti mengambil wuduk dan duduk ketika marah. Ini semua adalah bagi mengawal tindakan refleks luar kawalan kita ketika marah. Kawal marah kita tuan-tuan dan puan-puan.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Sumber:

http://www.astroawani.com/…/budak-perempuan-maut-ditampar-i…

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close