Berita UtamaPendapat

Jangan guna pengaruh politik ganggu siasatan polis

Sebarang agenda bela kumpulan pengganas tidak patut berlaku

SUSULAN beberapa laporan media sehingga 12 Oktober 2019, mengenai penangkapan beberapa pemimpin tertinggi DAP yang difahamkan terbabit secara langsung dengan pergerakan penganas LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam yang diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran, bertujuan untuk menubuhkan kerajaan berasingan di Sri Lanka melalui keganasan.

2. Selaku Setiausaha Agung mewakili Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), saya ingin menegaskan agar jangan ada sesiapa pun, baik dari pihak mana sekalipun campur tangan untuk kacau ganggu siasatan yang sedang dan akan dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sebarang agenda untuk membela kumpulan pengganas ini tidak sepatutnya berlaku kerana sejarah sebelum ini tidak ada pihak termasuk mana-mana parti politik yang membela individu tertentu yang ditahan kerana terbabit dengan keganasan pihak militan termasuk yang terbabit dengan gerakan Daesh atau ISIS.

3. Ini adalah soal keselamatan negara berdepan dengan kumpulan militan yang disahkan sebagai pengganas oleh beberapa negara termasuk India. Para penyokong yang bersimpati termasuk menyalurkan bantuan dana bukannya jenayah kecil-kecilan, ini adalah bukti jelas tanda sokongan kepada militan bersenjata yang telah mengorbankan ramai nyawa manusia.

Malahan siasatan ini sudah berjalan sejak tahun 2014 lagi apabila kumpulan militan LTTE ini diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

4. Justeru, MUAFAKAT menyuarakan ketegasan di sini agar jangan ada campur tangan bertujuan kacau ganggu siasatan PDRM yang rakyat Malaysia yakin akan ketelusan dan kecekapan mereka menangani isu keganasan. Anggota keselamatan kita mampu melaksanakan tugasan mereka dengan baik.

5. Akhir kata, saya mewakili MUAFAKAT mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan syabas kepada anggota unit PDRM yang telah berjaya memberkas mereka yang terbabit dengan militan pengganas LTTE ini.

Mahmud Hishamuddin
Setiausaha Agung MUAFAKAT

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close