Berita UtamaIstimewaUtama

Haram parti sarang pengganas!

'Kena pada mereka semua hak, kena pada kita mereka bertepuk tangan'

BANGI, 14 Safar 1441H, Ahad – Parti ultra kiasu yang sudah menjadi sarang pengganas kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) perlu diharamkan di negara ini, tegas pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan mesti bertegas tidak tunduk kepada ultra kiasu, malah umat Islam mesti buka mata bahawa memberi undi kepada mereka hanya meletakkan negara kita dalam bahaya.

Memetik ucapan pemimpin kuat parti ultra kiasu mengenai LTTE, Ridhuan Tee berkata, ultra kiasu ini begitu simpati dengan mereka yang ditangkap.

“Kenapa tidak lakukan perkara sama ketika orang Islam yang ditangkap kerana disyaki menyokong DAESH, ISS, ISIS, dan lain-lain lagi. Kata memperjuangkan semua kaum. Nampak sangat rasis mereka ini.

“Kena pada mereka, itu hak, tak boleh didakwa ikut SOSMA. Kena pada kita, mereka bertepuk tangan,” kata beliau yang memetik ucapan pemimpin ultra kiasu dalam hal keganasan dan bahaya kepada negara yang dimuat naik di akaun Facebook Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dalam kenyataan berkenaan, pemimpin India ultra kiasu itu menyatakan bahawa tiada mana-mana pertubuhan dalam dunia hari ini yang memberikan orang-orang Tamil harga diri, maruah dan kemuliaan seperti LTTE; serta tiada kuasa di dunia ini yang boleh menghapuskan LTTE.

Selain itu katanya,”Jika pakatan politik kami berkuasa di peringkat pusat di Malaysia saya akan mendesak ke arah pengiktirafan Tamil Eelam.”

Ridhuan Tee berkata, mendengar ucapan ultra kiasu berkenaan, pasti semua akan mengatakan dia menyokong keganasan.

“Jika ultra kiasu ini menentang keganasan, sudah tentu ucapannya tidak sebegini. Tetapi keadaan begitu sangat berlainan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close