Berita UtamaUtama

LTTE: DAP jangan main politik dalam isu keselamatan negara

Guan Eng usah lagak jadi Menteri Dalam Negeri bila keluar kenyataan

BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Pemimpin parti didominasi kerajaan Malaysia, DAP diingatkan tidak menjadikan isu Kumpulan Pengganas Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) sebagai isu agama atau perkauman kerana keganasan tidak kenal agama atau warna kulit.

Kesal dengan kenyataan beberapa pemimpin rasis DAP menyamakan ‘pejuang LTTE’ seperti perjuangan Palestin, Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, harus diingat bahawa pengganas LTTE adalah seperti pengganas Al-Qaeda dan ISIS.

Beliau menegaskan, kumpulan pengganas itu tidak ada ruang di dalam negara ini malah ideologi pengganas seharusnya dihapuskan.

“Pembabitan pemimpin DAP dalam menyokong gerakan LTTE yang diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh Kerajaan Malaysia membimbangkan. Tambahan pula DAP adalah antara parti politik terbesar dalam gabungan Pakatan Harapan dan anggota Kabinet.

“Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk tidak berganjak menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Akta ini sememangnya diperlukan untuk menghalang pengganas bertindak sewenang-wenangnya di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, DPIM turut menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang seolah-olah memegang portfolio Menteri Dalam Negeri apabila mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan berhubung LTTE.

“DPIM berharap isu keselamatan negara tidak dipolitikkan oleh DAP. Pihak polis semestinya mempunyai bukti kukuh untuk membuat penahanan itu dan dimaklumkan bahawa risikan dan siasatan ke atas semua suspek telah dilakukan sejak November tahun lepas. Lim Guan Eng dinasihatkan tidak mencampuri urusan pihak polis,” kata beliau.

Terdahulu polis menahan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti tamak habloba, DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan, selepas dipercayai terbabit upacara perjuangan LTTE.

LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Kumpulan pengganas yang diketuai V Prabhakaran itu mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil, iaitu kumpulan minoriti.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close