Berita UtamaUtama

LTTE: 2 lagi ahli DAP ditahan

Seorang CEO anak syarikat negeri Melaka, seorang lagi Ahli Majlis PBT

BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Dua lagi ahli parti dominan dalam kerajaan Melaysia, DAP ditahan pagi tadi selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, mengesahkan penahanan kedua-dua individu dipercayai ada kaitan LTTE. 

“Memang betul mereka ditahan mengikut SOSMA oleh pihak polis Bukit Aman hari ini dan ia berkait dengan penahanan seorang EXCO Melaka sebelum ini.

“Maklumat lanjut bagaimanapun saya tak boleh maklumkan lagi dan kita serahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sebelum ini, dua ADUN parti tamak haloba, DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan juga telah ditahan pihak polis kerana terbabit dalam upacara LTTE.

G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan Adun kawasan Gadek ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri.

Manakala Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren pula ditahan Bukit Aman, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Kumpulan pengganas yang diketuai V Prabhakaran itu mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil, iaitu kumpulan minoriti.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close