Berita UtamaUtama

Belanjawan 2020 tak terjemah tema ‘Kemakmuran Bersama’

RM15 bilion untuk pertahanan negara tak munasabah: Amir Isma

BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng langsung tidak menterjemah temanya, iaitu Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Amir gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, perkara berkenaan dibangkitkan kerana menganggap polarisasi ekonomi negara tidak akan berubah, berikutan hanya didominasi oleh satu kaum sahaja.

Katanya, belanjawan kedua kerajaan rasis PH dilihat hanya semata-mata untuk mengambil hati rakyat.

“Bajet hanya memperluas benefit (faedah) bagi meredakan kemarahan (rakyat) namun, ia tidak langsung menyelesaikan masalah pokok.

“Persoalannya, jika ekonomi kekal di atas landasan sama, apa erti di sebalik kononnya Wawasan Kemakmuran Bersama?,” soalnya.

Pada masa sama, Ustaz Abdullah turut menempelak kerajaan yang hanya memperuntuk RM15.6 bilion bagi sektor keselamatan dan pertahanan bagi tahun 2020.

Pemimpin gerakan Islam itu berkata, jumlah berkenaan adalah terlalu rendah jika dibandingkan situasi negara berdepan dengan keselamatan sempadan dan serantau yang kritikal.

“Apa boleh buat dengan RM15 bilion ini? Boleh Malaysia bersiap berhadapan dengan ancaman krisis keselamatan dan keamanan sempadan di Laut China Selatan? RM15 bilion sangat tidak munasabah,” tegasnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close