Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiKolumnisUtama

Isu pengganas: Wajarkah DAP diharamkan?

Tindakan parti tamak haloba cetus kebimbangan kepada umat Islam

1. SEMALAM dua ADUN daripada DAP telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). LTTE adalah kumpulan diklasifikasikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat (AS), Sri Lanka dan India, manakala Malaysia mula menyenaraikannya pada 2014. 

Lihat: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/616175/dua-adun-antara-tujuh-ditahan-kes-berkaitan-pengganas-ltte

2. Sebelum ini ADUN DAP pernah menimbulkan kegusaran diantara kaum malah The Malaysian Insight pernah melaporkan bahawa: “Mufti Perlis menyalahkan DAP atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kebencian antatra kaum dan meyebabkan Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam.”

Lihat: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151739

3. Kenyataan oleh Mufti Perlis ini ada asasnya. Beberapa kenyataan dan pendirian pemimpin DAP dilihat menjadi sebab kepada kebimbangan orang Islam terhadap kedudukan Islam di Malaysia. Antaranya:

a. Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Isu penghinaan terhadap Rasulullah adalah perkara yang sangat sensitive buat umat Islam. 

Lihat: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/1731090 

b. YB Nga Kor Ming pula menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban. 

Lihat: https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/pas-bekerjasama-dengan-umno-adalah-taliban-kata-nga-kor-ming/ 

c. YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan. Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Isu murtad adalah isu sensitif buat umat Islam.

Lihat: https://www.ismaweb.net/2018/10/19/ahli-parlimen-batu-kawan-nafi-sokong-orang-islam-murtad/ 

Lihat: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

d. Tindakan YB Hannah Yeoh yang memberikan sumbangan kepada Sisters in Islam dilihat menjadi isu sensitifi dikalangan Muslim. Ini kerana, Sisters in Islam telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokong terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.

Lihat: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/10/hannah-yeoh-pertahan-sumbangan-kepada-sisters-in-islam/ 

4. Malah, bagi kes-kes terdahulu, telah banyak disenaraikan beberapa pendirian DAP yang dilhat bercanggah dengan Islam. Tindakan mereka ini memberikan kebimbangan terhadap umat Islam berhubung isu-isu sensitif yang melibatkan kedudukan Islam.

Lihat: https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/pemuda-pas-senarai-15-hujah-dap-anti-islam/ 

7. Rentetan isu-isu serta kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP ini seakan boleh memberikan kesan terhadap keharmonian kaum. Kalau sebelum ini DAP dilihat mendokong idea liberal sesat yang difatwakan sesat oleh Jabatan Agama, terkini terdapat pula ADUN DAP yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pengganas. 

Adakah tindakan mereka yang menyokong gerakan Liberal Sesat dan kaitan mereka dengan gerakan pengganas ini wajar dipertimbangkan untuk diharamkan pertubuhan ini?

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close