Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

Turki mula serang militan Kurdish di Syria

Tindakan Ankara sebagai usaha perangi keganasan di sempadan

ANKARA, 11 Safar 1441H, Khamis – Rakyat Syria melarikan diri ke luar bandar ketika Turki melancarkan serangan melawan militan Kurdish yang disokong Amerika Syarikat (AS) di Timur Laut Syria, semalam, lapor sebuah agensi berita.

Menerusi sebuah paparan video Agensi Akhbar Utara menunjukkan orang awam meninggalkan bandar-bandar Syria Tel Anyad dan Sri Kani, susulan asap memenuhi ruang udara.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan berkata, tindakan berkenaan dilakukan bagi sebagai usaha memerangi keganasan di sempadan selatan Turki, tetapi negara-negara Eropah meminta Ankara segera menghentikan operasi itu.

Gerakan ketenteraan Turki hanya dilakukan beberapa hari selepas tentera AS disekat memasuki kawasan itu, dengan pesawat tempur dan kenderaan tentera yang menakluki sempadan.

Terdahulu, Turki menjalankan operasi sekatan di Timur Sungai Euphrates terhadap kumpulan militan Kurdish, berikutan kekacauan yang dibuat oleh kumpulan pengganas Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

YPG adalah sekutu utama AS dalam pertempurannya menentang negara Islam, Syria. Turki menganggap militan YPG adalah cabang gerakan haram Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan di negara itu, sejak 1984.

Sementara itu, Turki dan AS bersetuju untuk mengadakan zon selamat yang bebas daripada militan YPG di sepanjang sempadan timur laut Syria dan Turki, namun, Turki mendakwa Washington telah undur diri daripada rancangan itu. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close