Berita UtamaUtama

KDN digesa gantung operasi DAP hingga siasatan 2 ADUN selesai

Kerajaan perlu utamakan keselamatan rakyat dari kepentingan parti

BANGI, 11 Safar 1441H, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menggantung sementara operasi parti yang dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP, sehingga siasatan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disyaki terbabit pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) selesai.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pihak kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat daripada mementingkan sebuah parti yang menyokong kerajaan.

“Rakyat Malaysia amat terkejut dengan penangkapan dua ADUN DAP di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Mereka berdua ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan keganasan.

“Sekiranya di Amerika, organisasi seperti ini akan diharamkan dan segala punca dana dan akaun akan disiasat dan digantung.

“Kita tak nak nasi menjadi bubur, tak nak melihat negara kita diancam keselamatan dek kerana kerajaan ambil mudah kegiatan pengganas parti DAP ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Bukit Aman hari ini mengesahkan dua ADUN masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan adalah antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan LTTE.

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula pukul 9 pagi ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua tujuh suspek yang ditahan berada dalam pemantauan polis sejak November lepas.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close