Berita UtamaUtama

Haramkan segera DAP!

Ridhuan Tee cabar Rayer bangkit isu 2 ADUN ditahan terbabit LTTE

BANGI, 11 Safar 1441H, Khamis – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membangkitkan isu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ultra kiasu, DAP, yang ditahan polis hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). 

Perkara itu disuarakan Ridhuan Tee sebagai membidas tindakan Rayer yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab beliau dan Zamri Vinoth tidak didakwa, walaupun mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.

“Semalam, dalam Parlimen, Ahli Parlimen ultra kiasu tiga paku (sarjan calit tiga), JeLOTONG, minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa Zamri Vinoth dan Ridhuan Tee tidak didakwa walaupun ucapan-ucapan mereka boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini. 

“Berita ini telah diulas oleh rakan saya, Dr Kamarul Yusoff, dalam FB beliau atas tajuk ‘DAP Yang Ganas’. Hebat ultra kiasu ini, mentang-mentang perbincangan dalam Parlimen itu ada immunity, berani dia cakap sebegitu dalam Parlimen,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas isu RSN Rayer itu, Ridhuan Tee mengakui satu kertas siasatan terhadapnya telah dibuka dan beliau sendiri telah disiasat oleh pihak polis.

“Saya telah pun menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh pihak polis. Saya tidak akan tarik balik apa yang saya cakap dan apa yang saya tulis, yang kononnya dikatakan boleh memporak-perandakan masyarakat berbilang kaum di negara tercinta ini.

“Saya cabar Ahli Parlimen ultra kiasu tiga paku ini untuk membangkitkan isu dua ADUN ultra kiasu yang sama seperti beliau, yang ditahan polis di bawah SOSMA hari ini, kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas LTTE,” katanya.

Katanya, beliau dan Zambri Vinoth tidaklah sebahaya dua ADUN ultra kiasu berkenaan, yang telah ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan pengganas bersenjata di Sri Lanka itu.

“Saya harap pihak polis turut memanjangkan siasatan terhadap ahli Parlimen dan ADUN seperti ahli Parlimen tiga paku ini.  Saya hanya menyuarakan kebenaran, tidak lebih daripada itu. Jika apa yang saya katakana itu salah, saya bersedia untuk berdebat dan berdialog dengan ahli Parlimen tiga paku tersebut. 

“Saya juga menyeru kepada kerajaan supaya mengharamkan segera parti ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur. Parti ini tidak boleh dibiarkan hidup di negara tercinta ini atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, kerana ia amat bahaya,” katanya.

Terdahulu, dua ADUN parti yang dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan pihak polis selepas dipercayai terbabit dalam upacara LTTE.

G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan ADUN kawasan Gadek ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.

Manakala ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan Bukit Aman pada pagi ini, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

Difahamkan kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close