Berita UtamaDuniaUtama

PBB berdepan krisis kewangan

AS selaku penyumbang terbesar berhutang AS$674 bagi bajet 2019

GENEVA, 10 Safar 1441H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdepan dengan krisis kewangan apabila berkemungkinan tidak mempunyai dana yang cukup untuk membayar gaji kakitangannya bulan depan, jika negara anggota gagal menjelaskan hutang mereka.

Memberitahu 193 jawatankuasa belanjawan Perhimpunan Agung PBB, Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, jika dia tidak bekerja sejak Januari untuk mengurangkan perbelanjaan, maka badan antarabangsa itu tidak akan boleh mengadakan perhimpunan tahunan yang mengumpulkan pemimpin dunia bulan lepas.

“Bulan ini, kita akan mencapai defisit yang paling teruk dalam dekad ini. Kita berisiko… memasuki November tanpa wang tunai mencukupi bagi menampung gaji kakitangan. Kerja dan pembaharuan kami berisiko,” katanya.

Amerika Syarikat adalah penyumbang terbesar – bertanggungjawab untuk 22 peratus daripada lebih AS$3.3 bilion anggaran biasa untuk 2019 – yang membayar tugas termasuk politik, kemanusiaan, pelucutan senjata, hal ehwal ekonomi dan sosial serta komunikasi.

Washington berhutang kira-kira AS$381 juta untuk belanjawan biasa sebelum ini dan AS$674 juta bagi bajet tetap 2019. Jumlah itu disahkan misi AS ke PBB.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut kepada permintaan untuk menjelaskan jumlah hutang berkenaan.

Presiden AS, Donald Trump berkata, Washington sedang menanggug beban yang berat sebelah terhadap kos PBB dan diberi tekanan untuk pembaharuan badan dunia itu.

Guterres berkata, pihaknya telah berusaha untuk meningkatkan operasi PBB dan mengurangkan kosnya.

Sementara itu, jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, setakat ini, 129 negara telah membayar yuran mereka untuk tahun 2019, yang berjumlah hampir AS$2 bilion.

Difahamkan, krisis kewangan itu akan menjejaskan operasi PBB di New York, Geneva, Vienna dan Nairobi.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close