Berita UtamaUtama

Melayu boleh setanding kaum lain jika teruskan BMF

Jangan berharap lagi pada kerajaan, orang Melayu mesti berdikari

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

JERANTUT, 10 Safar 1441H, Rabu – Kempen Beli Produk Muslim (BMF) bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi umat Islam, bahkan pada sama menjadi wadah untuk merangkul pahala. 

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya berkata, jika rakyat berterusan memberikan sokongan kepada kempen berkenaan, tidak mustahil Melayu-Bumiputera juga akan berjaya seperti kaum lain di negara ini.

“Kalau Yahudi, mereka boleh bersatu mereka berjaya, Sikh mereka bersatu, mereka berjaya, orang Cina mereka bersatu, mereka berjaya. Dulu, saya paling takut kalau tayar rosak semasa Tahun Baru Cina, sebab tiada bengkel bukak, nak pergi pasar pun tutup. 

“Insya-Allah setahun lagi akan berubah, raya kita pula dia takut kedai tutup,” selorohnya di Majlis Perasmian Kempen Beli Produk Muslim Peringkat Pahang yang diadakan di Jerantut, hari ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat ayat pemimpin yang menggelar Melayu sebagai pemalas, ditambah dengan pemikiran bahawa Melayu tak mahu mengambil risiko, ia tidak akan membuatkan masyarakat Melayu lemah.

“Kalau kita bersatu, kita akan atasi perkara itu. Kita dah dijajah 460 tahun, dalam buku Diaspora Orang Melayu yang saya baca, asalnya kita ini dalam tulisan itu, orang Melayu ini bukan pemalas. 

“Orang Melayu terkenal dengan sifat berdikari dan tak bergantung pada orang lain, kalau kita tengok mak ayah kita, mana dia bekerja dengan orang, tanam sawah sendiri, toreh getah, sendiri tangkap, ikan sendiri, tak perlu pergi ke kedai. Maknanya sifat dia memang berdikari, tak bergantung.

“Tapi disebabkan 460 tahun dijajah, semangat itu makin lama makin kurang. Strategi Barat memang tak beri orang Melayu berniaga, duduk di bandar, pusat kewangan tak diberi kepada Melayu, jadi petani yang nak besarkan sawah, kebun getah tak boleh. Sebab tiada pinjaman, jadinya pergi kat ‘Along’. Bila tak boleh bayar, Along ambil semuanya,” katanya. 

Beliau berkata, kerana sudah 460 tahun dijajah, tak mungkin situasi dapat berubah dalam masa setahun atau dua tahun.

“Tetapi kita perlu istiqamah dan sabar dalam meneruskan kempen ini. Point kita kalau tuan-tuan berjaya, sudah cukup kami melelapkan mata untuk berjumpa Allah SWT.

“Berilah kami sokongan, teruskan bergerak, sediakan prasarana, kita juga dah bercakap dengan Bank Muamalat, mereka bersedia untuk memberi bantuan. Jangan harap lagi dah dengan kerajaan, Tun M pun dah berkata, jangan harap pada kerajaan. Kita berdikari sendiri!,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close