Berita UtamaDunia

COVID-19: 440,569 kes di Indonesia

14,689 jumlah kematian termasuk 75 angka maut baharu

JAKARTA, 23 Rabiulawal 1442H, Isnin – Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 440,569 kes selepas mencatatkan 2,853 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, sebanyak 372,266 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 57,925 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 75 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 14,689 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 112,743 kes dengan tambahan 726 kes baharu manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,913 orang. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button