Berita UtamaUtama

416,416 calon duduki SPM 2019

32,423 petugas dilantik bagi pastikan peperiksaan berjalan lancar

BANGI, 10 Safar 1441H, Rabu – Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang dijadual bermula 14 Oktober hingga 28 November ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, peperiksaan berlangsung dalam dua fasa iaitu fasa pertama dari 14 Oktober sehingga 17 Oktober manakala fasa kedua dari 5 November sehingga 28 November. 

“Seramai 32,423 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Kementerian itu berkata, calon SPM 2019 terdiri daripada calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan iaitu seramai 357,010 atau 85.8 peratus, sementara calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM adalah seramai 8,320 atau 2.0 peratus.

Calon Sekolah Menengah Agama Negeri pula adalah seramai 8,317 atau 2.0 peratus, calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (2,209 atau 0.5 peratus), calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM (14,203 atau 3.3 peratus) dan calon persendirian seramai 26,357 atau enam peratus.

“Lembaga peperiksaaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

KPM berkata, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.lp.moe.gov.my.

“Calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close