Berita UtamaDunia

Turkiye kecam provokasi tentera Israel cemari masjid

Kementerian Luar desak tindakan tegas dihukum cara paling berat

WASHINGTON, 2 Jamadilakhir 1445H, Jumaat – Kementerian Luar Turkiye mengecam tindakan biadab tentera Israel yang melakukan ritual Yahudi di dalam sebuah masjid di bandar Jenin, Tebing Barat.

Jurucakapnya, Oncu Keceli menegaskan, tindakan tentera Israel itu jelas tidak menghormati kesucian tempat beribadat.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya provokasi tentera Israel yang menyerbu Kem Pelarian Jenin dan tidak menghormati kesucian tempat ibadat dengan memasuki masjid.

“Di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat di mana ketegangan semakin memuncak akibat keganasan peneroka dan tekanan berat serta serangan oleh pasukan keselamatan Israel terhadap rakyat Palestin, kami menjangkakan serangan ke atas tempat-tempat suci umat Islam akan ditamatkan serta-merta.

“… dan mereka yang melakukan provokasi ini akan dikenakan tindakan tegas dihukum dengan cara yang paling berat,” katanya menerusi aplikasi X.

Kenyataannya itu dibuat selepas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir berkongsi video askar melakukan ritual Yahudi di dalam sebuah masjid di Jenin.

Video itu menunjukkan seorang tentera Israel membaca ‘Shema Yisrael’ – doa dalam agama Yahudi – pada pembesar suara masjid.

Seorang lagi kedengaran berkata, tentera berada di dalam sebuah masjid di Jenin.

Menjelang penghujung klip, kedengaran tentera Israel ketawa di luar masjid dan lagu Hanukkah iaitu perayaan bagi meraikan rampasan Baitulmaqdis, berkumandang dari pembesar suara.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button