Berita UtamaDuniaUtama

20 pelajar cedera letupan di universiti Afghanistan

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab lakukan serangan

KABUL, 9 Safar 1441H, Selasa – Sekurang-kurangnya 20 pelajar cedera dalam letupan di sebuah universiti di Afghanistan, kata pegawai wilayah.

Letupan berlaku kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan dalam kelas di Universiti Ghazni ketika satu sesi ceramah sedang berlangsung. 

Ketua Pengarah Kesihatan Wilayah Ghazni, Zahir Shah berkata, letupan berkenaan telah mencederakan sekurang-kurangnya 20 pelajar – 15 wanita dan 5 lelaki.

Beliau berkata, semua yang cedera dirawat di hospital wilayah. Bagaimanapun setakat ini, tidak ada kumpulan atau individu yang mendakwa bertanggungjawab melakukan letupan itu.

Kumpulan pengganas Taliban dan Daesh antara kumpulan yang aktif di Afghanistan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hampir 4,000 orang awam terbunuh atau cedera dalam serangan militan pada separuh pertama tahun ini. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close