Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Kashmir masih bergolak

10 cedera parah serangan bom tangan di pejabat kerajaan

ANANTAG, 7 Safar 1441H, Ahad – Sekurang-kurangnya 10 cedera termasuk seorang anggota polis trafik dan seorang wartawan dalam serangan bom tangan di Anantnag, di bandar selatan Kashmir, lapor polis ke media ANI.

Anggota polis yang enggan namanya disiarkan kerana dilarang melaporkan kepada media berkata, ledakan bom berkenaan berlaku berhampiran pejabat kerajaan.

Difahamkan, serangan itu itu adalah kali pertama di pejabat kerajaan sejak tindakan melampau India di rantau itu.

Sementera itu, Kementerian Dalam Negeri India tidak memberi sebarang kenyataan mengenai insiden itu.

India pada 5 Ogos lalu membatalkan status khas Kashmir, wilayah majoriti penduduk beragama Islam dalam usaha New Delhi mengintegrasikan kawasan itu dengan negeri lain di negara berkenaan.

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berkata, Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Artikel 370, peruntukan Perlembagaan yang memberi status istimewa Kashmir dan membenarkan negeri Jammu dan Kashmir menggubal undang-undang sendiri.

Perubahan itu juga membabitkan pembatalan larangan kepada orang luar untuk membeli tanah di Kashmir dan hak pekerjaan hanya kepada penduduk di wilayah itu sahaja.

Pada hari sama, rangkaian mudah alih persendirian, perkhidmatan internet dan talian telefon diputuskan malah terdapat sekatan pada pergerakan dan perhimpunan.

India dan Pakistan masing-masing menguasai wilayah tertentu, China turut menguasai sebahagian wilayah yang menjadi perebutan. India dan Pakistan telah melalui beberapa peperangan untuk memiliki Kashmir secara mutlak, dan lebih daripada 40,000 orang terbunuh sejak peperangan tahun 1989 – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close