Berita UtamaIstimewaPendapatUtama

Datang lewat, Tun Mahathir tak endah resolusi kongres

'Kami kecewa terpaksa tadah telinga dengar PM persenda Melayu'

SAYA hadir untuk mendengar sendiri amanat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Kongres Maruah Melayu (KMM) yang diadakan di Stadium Tertutup Shah Alam pada hari ini.

Bagi saya, kongres ini telah gagal menaikkan semangat dan maruah orang Melayu tatkala pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira ideologi dan kecenderungan bersusah payah hadir untuk mengharapkan sesuatu yang positif dari kongres ini.

Malangnya, kami hanya datang untuk menadah telinga mendengar ucapan Tun Mahathir yang hanya merendah-rendahkan bangsa Melayu.

Saya kesal kerana resolusi-resolusi yang diketengahkan pada kongres kali ini tidak diendahkan langsung oleh Tun.

Pihak universiti dan tokoh-tokoh akademik sudah bersusah payah melakukan pelbagai sesi meja bulat dan kajian dalam satu tempoh masa yang agak panjang. Malangnya, semua ini adalah sia-sia dan seolah-olah tiada nilai kerana bukan sahaja Tun tiba lewat dan tidak mendengar resolusi-resolusi tersebut, tetapi dihina pula bangsa Melayu.

Tun Mahathir jelas sekali cuba merendah-rendahkan dan melemahkan semangat orang Melayu dengan retorik basi yang sebenarnya menconteng mukanya sendiri. Sebenarnya, banyak perkara yang diungkit bagi menyalahkan bangsa Melayu sebenarnya disebabkan dirinya sendiri.

Kami yang hadir, malah yang tidak hadir juga mengharapkan kongres ini menjadi platform perpaduan Melayu yang lebih besar kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari blok kerajaan turut hadir bersama. Malangnya, semua ini hancur begitu sahaja.

Kesimpulannya, orang Melayu sekali lagi dipermain-mainkan. Malah, maruah bangsa Melayu semakin tercalar dan terhina.

Kongres ini telah gagal mencapai objektifnya.

Aminuddin Yahaya
Presiden Gerakan Islam Utama, Isma
Pengerusi UMMAH

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close