Dunia

Rumah Putih umum bantuan keselamatan US$270 juta kepada Ukraine

Bantuan termasuk empat "Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi" (HIMARS)

WASHINGTON, 23 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Rumah Putih pada Jumaat mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan pakej bantuan keselamatan tambahan bernilai US$270 juta kepada Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan, bantuan baharu itu termasuk empat “Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi” (HIMARS) dan peluru, empat kenderaan perisai, senjata antiperisai serta 580 sistem taktikal udara “Phoenix Ghost”, lapor Xinhua.

Sebahagian daripada pakej itu, berjumlah US$175 juta, akan terus diluluskan Presiden Joe Biden di bawah kuasa pengeluaran presiden (PDA), menurut Pentagon, baki US$95 juta pula menerusi Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine menerusi dana Jabatan Pertahanan ( USAI).

Meskipun senjata yang diluluskan oleh PDA diambil terus daripada stok sedia ada Pentagon ia berada di bawah kuasa USAI kerana kerajaan AS memperoleh senjata daripada industri melalui kontrak.

Pengumuman pakej baharu itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine kira-kira US$8.2 bilion sejak pentadbiran Biden. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button