Berita UtamaPendapatUtama

Bila ultra kiasu dapat kuasa…lihat apa mereka buat

Agenda negara dikesamping, agenda komunis makin mengakar

TERBAHARU, Ahli Parlimen Lanang dari DAP, Alice Lau disahkan menjadi pengerusi baru Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Apa nak jadi? Dalam manifesto kata, tak nak campur tangan politik dalam perkhidmatan awam. Tidak ada lantikan politik dalam perkhidmatan awam.

Realitinya, lantikan politik terus berlaku dengan jelas. Ini tidak termasuk melantik kroni-kroni mereka dalam perkhidmatan awam.

Saya tidak kisah sangat jika mereka yang dilantik itu menjunjung agenda negara.

Hakikatnya, agenda politik ultra kiasu mereka begitu jelas. Islam dan Melayu makin dikesampingkan.

Lihat telatah menteri dan timbalan menteri ultra kiasu bila bercakap menggunakan dua tiga bahasa bila respon kepada isu yang sama. Alasannya, kita ada TV Melayu, TV Cina dan TV India. Jadi, tak boleh guna bahasa Melayu saja.

Bila wartawan tanya dalam bahasa Cina kena jawab dalam bahasa Cina sebab ada TV Cina.

Bila TV3 siarkan temubual dalam bahasa Cina, ultra kiasu ini kata bahan tersebut untuk TV berbahasa Cina.

Maknanya untuk TV Cina kena cakap Cina. Secara tak langsung menolak kedaulatan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan.

Kenapa tidak cakap Melayu semua kemudian diterjemahkan dalam bahasa lain mengikut keperluan TV tersebut.

Rasa terhina sangat apabila TV3 terpaksa keluar kenyataan meminta maaf kepada ultra kiasu tersebut kerana siarkan temubual dalam bahasa Cina hingga dikecam netizen.

Sudah sampai masanya rakyat menolak kebobrokan ultra kiasu ini. Mereka tidak boleh dibiarkan bermaharajalela.

Tidak ada apa yang tinggal lagi untuk orang Melayu dan Islam. Agenda negara makin dikesampingkan. Agenda komunis makin mengakar.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close