Berita UtamaPendapat

Tak perlulah Kit Siang meroyan dalam lawak bodoh kamu…

Rasmi seminar bangsa Malaysia takkan bantu Anwar capai agendanya

KIT SIANG tidak perlu marah atau persoal kenapa beberapa universiti tempatan menganjurkan satu kongres tentang maruah Melayu. Ada yang dah sahut dan respon – dengan Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia!

Nama pun gah tersebar (dalam dunia maya) sebagai Se-Bangsa 2019) bersempena Ijtimak Harakiy lagi! Bakal PM ke-8 (merangkap ahli Parlimen Port Dickson) pula akan merasmikan Seminar ini manakala Presiden Pertubuhan Ikram sekadar menjadI salah seorang panelis sahaja.

Menariknya seminar ini kerana ideologi dan agenda DAP sudah terpahat dengan jelas (dan berhuruf besar lagi) walaupun parti rasis cauvinis itu tidak hadir atau dijemput.

Dalam ertikata lain, DAP telah berjaya mengetengahkan agenda perjuangan mereka melalui lisan orang-orang Melayu, satu ‘kejayaan’ yang patut diirihatikan oleh parti-parti politik lain. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, parti rasis cauvinis itu TIDAK/BELUM pernah mengetengahkan agenda perjuangan parti-parti lain yang menjadi rakan sekutu mereka.

Pertubuhan Ikram juga nampaknya tidak berani menonjolkan diri atau mempamerkan logonya di dalam Seminar yang bertemakan Bangsa Malaysia ini kerana ia juga sedang bertarung dengan berkurang/hilangnya sokongan masyarakat Islam/Melayu terhadap parti politik proksi mereka iaitu Parti Amanah Negara (yang lebih dikenali sebagai PAN).

Tambahan pula, kedudukan ahli-ahlinya yang memegang jawatan-jawatan penting di dalam beberapa parti politik juga adalah kritikal pada masa sekarang.

Tidak ada apa yang baru atau istimewa pun tentang seminar yang sekadar hendak mengulangi sejarah yang dirintis oleh orang lain. Para pendahulu dan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan negara telah pun meletakkan batu asas bagi bangsa Malaysia ketika mana para pemimpin Melayu (di atas sifat ihsan dan halus budi pekerti mereka) telah bersedia menerima orang-orang yang datang dari negara-negara China dan India (melalui muslihat kolonialis British tentunya) sebagai warga yang diberi kerakyatan di Tanah Melayu.

Bangsa Malaysia yang hakiki sudah wujud ketika itu, di mana sebagai imbalan dan balasan kepada persetujuan orang-orang Melayu membenarkan warga-warga dari China dan India terus tinggal dan diberi kerakyatan di tanah Melayu ini, mereka (warga China dan India) memberi aku janji untuk menghormati dan tidak akan mencabar tonggak-tonggak utama bagi kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu sendiri.

Jadi, konsep Bangsa Malaysia pun masih terikat dengan setakat mana dan sejauh mana kedua-dua warga itu jujur dan tidak mengkhianati aku janji mereka sendiri.

Jadi, seminar yang akan dirasmikan oleh bakal PM ke-8 Malaysia tidak ada signifikasi apa pun. Yang tersirat ialah masa sangat tidak menyebelahi ahli Parlimen Port Dickson itu kerana destinasi dan objektif yang dihasrati dan sering dicanangkan ke seluruh muka bumi semakin hari semakin jauh kelihatan rupa bentuknya.

Semua orang tahu agenda perjuangan beliau adalah bersifat peribadi semata-mata yang agenda politiknya tidak ada kena mengena sedikit pun dengan bangsa mahupun umat. Merasmikan Seminar ‘Pembinaan Pembinaan Bangsa Malaysia’ ini tidak akan dapat membantunya ke arah pencapaian matlamat yang diidam-idamkan.

Paling tidak, nampak macam DAP yang menjadi penganjur utamanya! Jadi Kit Siang, tak perlulah anda meroyan dalam lakonan dan lawak bodoh itu.

Umat Islam dan bangsa Melayu sudah lama sedar tentang agenda kamu dan parti rasis cauvinis kamu! Letaklah siapapun dan gunakanlah istilah Harakiy sekalipun …

Produk anda tetap tidak laku!

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close