Berita UtamaKolumnisPendapatUstaz Sharipudin Abdul KadirUtama

Kebencian ‘mereka’ kepada Melayu makin sukar dibendung

Jangan tertipu dengan muslihat pemimpin yang kejar pangkat, kuasa

KEBENCIAN mereka kepada bangsa Melayu dan Raja Melayu semakin memuncak seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bangsa Melayu mengenali lebih dekat siapa mereka yang sebenar. Sebelum ini mereka banyak berselindung dalam gabungan parti-parti politik sehingga ada yang sanggup mengadakan Tahaluf Siyasi demi keadilan dan kesejahteraan Malaysia.

Sungguh mesra dan rapat gabungan mereka hanya menunggu masa untuk melafazkan syahadah. Hanya menunggu hidayah daripada Allah SWT kerana hidayah milik Allah SWT. Begitulah sangkaan sebelum ini. Amaran Allah SWT dalam al-Quran tentang sikap orang kafir seolah-olah tidak terpakai kepada kelompok ini. Alhamdulillah, masih belum terlambat tahaluf siyasi terbatal tanpa akad kerana asalnya memang tiada akad dan perjanjian yang sah.

Sikap mereka yang telah dipendam sekian lama semakin zahir dan tak dapat dibendung lagi. Cabaran mereka terhadap bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu semakin jelas. Seruan mereka untuk membenci Raja Melayu dalam penulisan mereka menyebabkan pihak istana terpaksa membuat laporan kepada Bukit Aman, jelas menunjukkan kebencian mereka sukar dibendung lagi.

Kebencian yang melonjak-lonjak sukar untuk dibendung. Dan memang ini sikap dan tabiat mereka dari dulu sehingga sekarang dan selamanya. Sikap ini bukan sahaja dalam politik, tetapi bertunjang dalam ekonomi,pendidikan dan lain-lain lagi.

Lihat sahaja apa yang kita dengar keluhan dan rintihan dari peniaga-peniaga Melayu. Bagaimana keperitan peniaga-peniaga Melayu untuk meneruskan perniagaan mereka, sehinggakan ada yang gulung tikar kerana pengkhianatan mereka. Setelah pelancaran kempen Buy Muslims’ First (BMF), kita kedengaran rintihan dan keluhan pengalaman peniaga-peniaga Melayu mula bersuara keperitan mereka menjalankan perniagaan dengan kumpulan ini.

Jauh sama sekali untuk mereka membantu kecuali jika habuan besar mereka dapat daripada jaringan itu. Mungkin sekelompok kecil peniaga-peniaga Melayu yang dapat kongsi habuan dengan mereka sanggup menggadai erti ikhlas untuk berbaik dengan mereka.Kita mengharapkan BMF diteruskan sampai bila-bila untuk memperkukuhkan ekonomi sesama Islam.

Kewajipan orang Islam membantu dan menyokong orang Islam dalam semua bidang untuk kebaikan dunia dan akhirat. Walaupun kita diberi kuasa selama 62 tahun selepas merdeka, tiada dasar yang lebih berkesan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu selain BMF. Pakar-pakar kononnya bergulung-gulung ijazah dari universiti terkemuka berfikir menyediakan dasar untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu semuanya gagal.

Tetapi, dengan mengembalikan roh Islam dan iman rupanya dengan mudah dapat membaiki dan meningkatkan ekonomi orang Melayu. Roh taawun dan ukhuwah sesama Islam dapat mengatasi segala-segalanya, kerana ia adalah perintah dari Allah SWT. Janji Allah SWT apabila manusia beriman dan bertakwa, maka Allah SWT akan menurunkan keberkatan dari langit. Teruskan kempen ini kerana Allah SWT.

Bermula dengan BMF, muslim di Malaysia perlu menjalankan kempen yang sama untuk memilih kepimpinan negara, yang menentukan hala tuju negara. Pastikan muslim yang beriman dan bertakwa sahaja dipilih untuk berada dibarisan kepimpinan negara. Pemimpin yang beriman dan bertakwa sahaja dapat menjaga kepentingan agama,bangsa dan negara.

Jangan tertipu dengan tipu muslihat pemimpin yang mengejar kuasa dan pangkat untuk kepentingan mereka. Kumpulan ini sanggup menggadai maruah agama,bangsa dan negara asalkan impian mereka tercapai.Tiada sekelumit niat hatta sebesar zarah dalam hati mereka, untuk menjaga maruah bangsa,agama dan negara. Apa yang ada hanya pangkat dan harta dalam jiwa, walaupun terpaksa menjual maruah agama,bangsa dan negara serta saudara seagama dihina dan dikeji di negara sendiri.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close