Berita UtamaPendapatUtama

UMMAH tuntut 6 perkara dalam amanat PM di Kongres Melayu

Kembalikan Tanah Rizab Melayu, perkukuh ekonomi - sokong BMF -

GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) semenjak dari awal penubuhannya sangat prihatin terhadap perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu.

Atas dasar itu UMMAH telah meletakkan agenda utamanya untuk menyatukan orang Melayu dengan memberikan kesedaran terhadap peri pentingnya kesatuan dalam menghadapi tekanan-tekanan yang ada terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.

Kerajaan harus sedar bahawa orang Melayu kini rasa terpinggir dan terhina dibuminya sendiri. Saban hari kenyataan dan polisi yang dibuat menampakkan orang Melayu semakin diketepikan.

Baik dari segi ekonomi, pelajaran, bahasa, peluang pekerjaan malah institusi raja juga tidak terlepas dari penghinaan. Lebih parah, agama Islam juga dihina manakala pemikiran-pemikiran sesat seperti liberalisma semakin berleluasa.

UMMAH telah menganjurkan pelbagai wacana dan himpunan aman seperti Himpunan ICERD, Wacana STATUT ROM, Himpunan Bantah UEC, Wacana Da’ie dan Ulamak, Kovensyen Perpaduan Nasional, semuanya itu bagi tujuan menyedarkan orang Melayu untuk mengenepikan perbezaan pandangan demi kemaslahatan bangsa dan agama.

Memahami ancaman yang semakin besar ini dan atas kesedaran peri pentingnya perpaduan dalam menangkis ancaman tersebut maka UMMAH menyokong penuh program KONGRES MARUAH MELAYU yang akan diadakan pada 6 Oktober 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

UMMAH mengharapkan KONGRES ini bukan sahaja dapat mengumpulkan pemimpin-pemimpin Melayu tetapi akhirnya akan berjaya membentuk perpaduan yang lebih besar sehingga membentuk kerajaan orang Melayu.

Atas dasar itu UMMAH menyeru semua orang Melayu termasuk parti-parti politik Melayu, tokoh-tokoh Melayu serta orang perseorangan untuk bersama-sama hadir dan menyatakan kesediaan kita untuk bersatu demi mempertahankan maruah bangsa dan agama.

Sehubungan dengan itu UMMAH menuntut perkara-perkara penting tentang orang Melayu akan diberi komitmen oleh Perdana Menteri di dalam “Amanat” nya nanti, antaranya :-

i. Mengembalikan Tanah Rizab Melayu;

ii. Mempertahankan kedudukan Penjawat Awam;

iii. Memperkukuhkan ekonomi Melayu termasuk menyokong kempen BMF;

iv. Memperkukuhkan kedudukan Bahasa Melayu dan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara;

v. Memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu;

vi. Mempertahankan hak istimewa orang Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan;

Namun, UMMAH ingin mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dari KONGRES ini untuk memecah-belahkan dan menghina orang Melayu.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi UMMAH

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close