AgamaBerita Utama

Kembalilah kepada Islam sebenar

Kita tidak perlukan liberalisme untuk faham erti kemerdekaan

HAKIKATNYA,
Kita tidak perlukan demokrasi untuk membina sebuah tamadun yang hebat,

Kita tidak perlukan feminisme untuk mengangkat martabat wanita,

Kita tidak perlukan liberalisme untuk memahami erti kemerdekaan bagi manusia,

Kita tidak perlukan kapitalisme untuk membangunkan ekonomi sebuah masyarakat,

Kita tidak perlukan humanisme untuk menegakkan hak-hak kemanusiaan,

Kita tidak perlukan pluralisme untuk mengajar erti toleransi dalam perbezaan beragama,

Kita tidak perlukan sosialisme untuk membangunkan keadilan dan kesamarataan dalam masyarakat,

Kita tidak perlukan sekularisme untuk membolehkan kita berijtihad dalam hal politik,

Hakikatnya semua nilai ini telah berjaya dicapai oleh peradaban Islam ratusan tahun lagi sebelum istilah-istilah ini muncul. Kita telah ada semua namun mengapa kita terhegeh-hegeh menuntut daripada mereka?

Maka sepatutnya yang kita perlukan adalah kembali memahami Islam yang sebenar seperti mana ia difahami oleh generasi awal, hanya dengan itu nilai ini dapat ditegakkan dengan sebenar-benarnya seperti mana generasi dahulu telah buktikan.

لن يُصلِحَ آخرَ هذه الأمة إلا ما أصلَحَ أولَها
“Dan tidak akan baik umat akhir ini melainkan dengan mengambil jalan sama apa yang telah membangunkan pada awal umat ini”

Ustaz Mohd Firdaus Zalani
Penolong Setiausaha MUIS

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close