Berita UtamaUtama

Sabah iktiraf UEC tak baik untuk masa depan negara

Sistem UEC burukkan lagi jurang antara kaum: Aminuddin

BANGI, 29 Muharram 1441H, Ahad – Tindakan Kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan sahaja bercanggah dengan Dasar Pendidikan Nasional, tetapi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Kesal apabila Sabah tidak mempeduli tentangan pelbagai pihak, Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya yakin sistem UEC hanya memisahkan dan membuka lagi jurang antara kaum bahkan, sangat tidak baik untuk masa depan negara. 

“Adalah sangat tidak wajar mana-mana pihak mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam terutamanya oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

“Saya sudah banyak kali menulis tentang isu ini dan konsisten menyeru semua pihak agar menolak UEC dan tidak melayan tuntutan-tuntutan Dong Zong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada sambutan Festival Kuih Bulan di Kota Kinabalu dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri.

“Kerajaan Negeri telah mengiktiraf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” katanya.

Mohd Shafie berkata, Jabatan Pendidikan Sabah menyokong keputusan mengiktiraf UEC tetapi sebagai syarat untuk memasuki institusi pengajian tinggi seseorang itu juga mesti mendapat kredit dalam Bahasa Melayu SPM, lulus subjek Sejarah SPM dan lulus peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri juga bersetuju pemegang sijil UEC yang mahu dilantik dalam perkhidmatan awam memerlukan kelayakan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan jabatan itu.

Sijil UEC tiada kaitan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia, dikelolakan Jawatankuasa Kerja Sekolah-sekolah Menengah Cina (MICSS) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close