Berita UtamaKomunitiUtama

300 remaja sertai karnival sukan anjuran KRIM

Fokus jati diri remaja jadi modal insan untuk umat, bangsa

BANGI, 29 Muharram 1441H, Ahad – Seramai 300 remaja menyertai Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) 2019 yang dianjurkan Kelab Remaja Isma (KRIM) DHL, agensi sayap remaja Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di Uptown Sport Bandar Baru Bangi, hari ini.

Pengarahnya, Syafiq Syahmi Sazali berkata, karnival ini adalah program tahunan KRIM membabitka remaja berumur 13 tahun hingga 17 tahun.

Antara sukan yang dipertandingkan di dalam KASRIM adalah badminton, futsal dan juga bola jaring.

Syafiq berkata, pada tahun ini, KASRIM Daerah Hulu Langat (DHL) menampilkan 18 pasukan futsal, 20 pemain badminton perseorangan, 20 kumpulan badminton beregu dan 8 kumpulan bola jaring. 

“Setiap tahun pelbagai sukan dipertandingkan supaya remaja dapat keluar dan bergerak aktif dalam arena sukan.

“Program KASRIM ini bukan hanya membabitkan orang Melayu Islam, tetapi ada satu pasukan India sertai futsal, seorang remaja Cina sertai pertandingan badminton dan seorang remaja Indonesia sertai bola jaring,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, setiap pemenang KASRIM dianugerahkan medal dan wang tunai yang ditaja keseluruhan oleh Isma DHL.

Sementara itu, Yang Dipertua Isma DHL, Hj Majid yang berucap ketika merasmikan KASIM menegaskan bahawa KRIM adalah agensi dalam Isma yang memfokuskan pembinaan jati diri khas untuk remaja dari sudut fizikal, emosi, intelektual dan rohani. 

“Sudah ramai hasil dari pembinaan dan bimbingan KRIM, hari ini menjadi modal insan untuk umat, bangsa dan negara kita,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close