Berita UtamaDuniaUtama

26 maut rusuhan di Papua

Penunjuk perasaan bakar mangsa hidup-hidup di bangunan kerajaan

WAMENA, 24 Muharram 1441H, Selasa – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam rusuhan baru di wilayah Papua yang bergolak di Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini.

Ribuan orang dilaporkan melarikan diri ke tempat perlindungan berikutan keganasan itu yang menyaksikan mangsa dibakar hidup-hidup di bangunan kerajaan yang dibakar oleh penunjuk perasaan.

Papua, di bahagian barat pulau New Guinea, telah dicengkam oleh protes ganas yang berlangsung selama beberapa minggu didorong oleh kemarahan terhadap perkauman, serta desakan baru untuk memerintah sendiri di wilayah itu.

Sekitar 22 orang meninggal dunia di bandar Wamena di mana beratus-ratus orang telah melakukan demonstrasi dan membakar sebuah pejabat kerajaan dan bangunan lain pada hari Isnin, dengan beberapa mangsa terbakar dalam kebakaran, kata pihak perkuasa.

Seramai 700 orang telah ditangkap untuk disoal siasat berhubung rusuhan maut itu, kata askar.

“Ada yang terbakar, ada yang diseksa hingga mati… ada yang terperangkap dalam kebakaran,” kata komander tentera tempatan, Chandra Dianto kepada AFP.

 “(Kami) akan menjejaki mangsa yang lain mungkin di kedai-kedai dan gerai-gerai yang dibakar,” katanya.

Seorang askar dan tiga orang awam juga dilaporkan meninggal di ibu kota Jayapura, di mana pasukan keselamatan dan pengunjuk rasa membaling batu bertempur hari ini.

Askar itu ditikam mati, manakala tiga pelajar meninggal akibat luka peluru getah, kata pihak berkuasa tanpa mengulas lanjut. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close