Berita UtamaUtama

Tanjung Piai: GPS gerakkan kempen ‘vote muslim first’

Parti perlu letak calon terbaik, mampu jaga intipati Perlembagaan

BANGI, 23 Muharram 1441H, Isnin – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) akan melancarkan kempen ‘Vote Muslim First (VMF)’ untuk mengajak semua parti yang berteras Islam dan Bumiputera, meletakkan calon terbaik masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Pengarah GPS, Ustaz Assiddiq Fauzan dalam satu kenyataan berkata, kempen VMF adalah kesinambungan daripada kempen GPS pada pilihan raya umum lalu, iaitu ‘Undi Calon Muslim Berwibawa’, namun diolah bertepatan dengan arus kempen Buy Muslim First (BMF).

“Kami meminta untuk persembahkan calon-calon yang terbaik, yang dirasakan paling mampu menjaga dan menegakkan intipati Perlembagaan di peringat Persekutuan untuk bertanding di PRK kali ini.

“Dari situ, GPS akan membantu rakyat membuat analisa calon, kenyataan-kenyataan lampau serta tahap integriti melalui pencarian harta melalui ‘open source’, lalu kami akan melobi rakyat memilih calon yang terbaik itu, walaupun calon itu datang dari parti sama ada PAS, UMNO, Berjasa, Bersatu, PAN, mahupun PKR,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Dalam pada itu, Ustaz Assiddiq menegaskan bahawa kempen ini tidak bersifat rasis mahu pun untuk memecahbelahkan rakyat.

“GPS meminta rakyat melihat nombor iaitu 57 peratus pengundi adalah Melayu-Muslim, jadi seharusnya calon terdiri dari kalangan Melayu-Muslim untuk mewakili suara mereka. Jelas ini bukan rasis tetapi adalah hak yang sepatutnya diberikan,” katanya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong susulan kematian penyandangnya, Md Farid, 42, akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Allahyarham yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 524 undi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close