Berita UtamaUtama

Ringgit dibuka rendah

Permintaan dolar AS dijangka kekal dalam tempoh jangka pendek

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1441H, Isnin – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kekurangan minat belian.

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1720/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata, permintaan terhadap dolar AS dijangka kekal dalam tempoh jangka pendek berikutan pasaran kewangan terus memberi tumpuan kepada risiko geopolitik.

Dalam beberapa minggu ini, mata wang Amerika Syarikat itu menyaksikan spekulator besar dan dana lindung nilai meningkatkan kedudukan panjang bersih mereka kepada jumlah tertinggi sejak Jun.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.5971/6031 daripada 4.6040/6.101 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2062/2141 daripada 5.2196/2254.

Ia susut berbanding yen kepada 3.8716/8773 daripada 3.8589/8637 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0365 daripada 3.0297/0337. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close