Berita UtamaDuniaUtama

Protes anti-Sisi: Peguam hak asasi pula ditahan Mesir

Jumlah penunjuk perasaan ditangkap pihak berkuasa meningkat

KAHERAH, 23 Muharram 1441H, Isnin – Pihak berkuasa di Mesir menahan seorang peguam hak asasi manusia selepas beliau menghadiri siasatan kehakiman terhadap penunjuk perasaan yang ditahan ketika protes besar-besaran mendesak peletakan jawatan Presiden diktator, Abdel Fattah al-Sisi.

Mahienour El-Massry ditahan sebaik sahaja meninggalkan Ibu Pejabat Pendakwa Keselamatan Negara di Kaherah, di mana beliau menghadiri siasatan sebagai peguam bagi beberapa penunjuk perasaan yang ditahan ketika demonstrasi, kata peguamnya, Tarek al-Awadi.

Jumaat lalu, ratusan rakyat Mesir mengambil bahagian berhimpun di jalanan Kaherah dan beberapa bandar lain bagi menuntut pemimpin ‘kuku besi’, Abdel Fattah al-Sisi berundur daripada jawatan presiden.

Menurut Pusat Ekonomi dan Hak Sosial Mesir (ECRF), 365 orang telah ditahan dalam demostrasi itu.

Demonstrasi pada Jumaat itu digerakkan selepas ahli perniagaan dan pelakon, Mohamed Ali mendakwa al-Sisi terbabit rasuah dan menggesa rakyat melakukan demonstrasi bagi menuntut pemimpin tertinggi itu disingkirkan.

Bagaimanapun, al-Sisi menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai pembohongan.

El-Sisi adalah Presiden yang merampas kuasa daripada pemimpin Mesir yang dilantik secara demokrasi pada 2013, Mohamed Morsi dan sejak itu beliau melarang sebarang bentuk demonstrasi atau bantahan dilakukan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close