Berita UtamaUtama

Penyakit asma, konjuntivitis meningkat akibat jerebu

Jangkitan URTI catat penurunan sebanyak 9.6 peratus: KKM

BANGI, 23 Muharram 1441H, Isnin – Terdapat peningkatan terhadap penyakit asma dan konjuntivitis sepanjang tempoh 15 hingga 21 September berbanding 30 Jun hingga 7 September susulan jerebu, kata Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes penyakit asma meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 1,222 kepada 1,265 kes, manakala penyakit konjuntivitis mencatat peningkatan sebanyak 51.4 peratus iaitu daripada 266 kes kepada 403 kes.

Bagaimanapun kata beliau, penyakit jangkitan saluran pernafasan (URTI) menunjukkan penurunan sebanyak 9.6 peratus (8,258 kepada 7,465 kes), pada tempoh yang sama.

“KKM menasihatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa terdedah dengan udara luar dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

“Bagi mendapatkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, orang ramai boleh melayari laman sesawang KKM di alamat http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai disaran untuk mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/ dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close