Berita UtamaUtama

Kuching, Samarahan catat penurunan IPU malam tadi

Johan Setia masih berada pada tahap sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1441H, Isnin – Dua kawasan di Sarawak mencatatkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu di Kuching dan Samarahan masing-masing kepada 91 dan 95 yang dikategorikan sebagai sederhana setakat 11 malam tadi.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kuching dan Samarahan sebelum ini mencatat bacaan tidak sihat dengan bacaan IPU 103 dan 111, 7 malam tadi

Sementara itu, Johan Setia di Klang masih menunjukkan peningkatan bacaan IPU sangat tidak sihat kepada 223 setakat malam tadi berbanding 221 pada sejam sebelumnya.

Beberapa kawasan yang masih mengekalkan bacaan IPU tidak sihat adalah Tasek Ipoh (177), Shah Alam (167), Putrajaya (166), Kuala Selangor (178) dan Nilai, Negeri Sembilan (174).

Sri Aman di Sarawak turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU kepada 162 berbanding 152 pada 10 malam tadi manakala Kluang di Johor adalah kawasan baharu yang mencatat peningkatan pada malam ini dengan bacaan 106, berbanding bacaan 98 pada jam 7 malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close